Raikan Dos Kedua Dengan Subway Temerloh.

Subway Temerloh

Selesai sahaja suntikan dos kedua vaksin kami sepakat ingin meraikan dengan Subway di Temerloh. Memandangkan masih awal pagi dan kedai baru sahaja buka dan tidak ramai pelanggan maka dengan senang hati kami tapau untuk dimakan di dalam kereta.

Subway Temerloh

Memandangkan niat asal memang nak makan di dalam kereta sahaja maka aku pandu kereta menuju ke Esplanade Temerloh untuk menikmati cuaca yang tenang di pagi hari. Ramai juga orang di lokasi tersebut tapi kebanyakkan dari mereka memang berada di dalam kenderaan masing-masing sahaja.

Selesai makan kami bergerak pulang untuk membersihkan diri dan berehat sahaja di sebelah petangnya, benarlah orang kata penangan dos kedua ini lain macam tapi syukur tiada lagi tanda-tanda nak demam hanya sekadar sakit sendi dan kesan bengkak pada kawasan suntikan sahaja.

Semoga terus sihat tubuh badan ini dan serasi menerima vaksin tersebut.

 

Leave a Reply