Alhamdulillah, Lengkap Sudah 2 Dos Vaksin.

Dewan Tun Razak Temerloh

Alhamdulillah pada hari Ahad yang lepas akhirnya kami suami isteri telah berjaya melengkapkan 2 dos vaksin. Inilah usaha dan ikhtiar kecil kami untuk sama-sama membentuk “herd immunity” bagi kita keseluruhan rakyat Malaysia kembali kepada kehidupan yang normal.

Proses Vaksin Dewan Tun Razak Temerloh

Proses untuk vaksin dos kedua memang cepat dan lancar kerana prosedur mengisi borang dan konsultasi tidak perlu dilaksanakan lagi kerana cukup hanya pada dos pertama sahaja.

Tempoh bertenang di Dewan Tun Razak

Ketika tempoh bertenang selepas suntikan sempatlah ambil gambar kenangan telah lengkap 2 dos vaksin, tak ramai nampaknya nak rakam gambar kenangan mungkin lebih teruja berjaya habiskan 2 dos vaksin seperti yang diharapkan oleh semua orang.

Gambar Kenangan Lengkap 2 Dos Vaksin

Semoga negara kita segera capai “herd immunity” supaya kehidupan normal yang pernah kita alami sebelum ini dapat dikembalikan ke asal. Ayuh rakyat semua dapatkan vaksin anda segera, jangan lengah-lengahkan pendaftaran.

One comment

Leave a Reply